Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..
Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..
bismillahirohmannirohim
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Sekiranya kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Sekiranya kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tertanya-tanya,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana-NYA”
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.
"Ya Allah, aku serahkan hatiku padaMu.. Jaga hatiku dan kembalikanlah padaku ha...nya bila Kau mengatakan bahawa dia lah yang terbaik, untuk aku serahkan hatiku padanya...
Hanya Kau Maha Berkuasa, Maha Melindungi dan Maha Memelihara... Maka Peliharakanlah hatiku agar
aku tidak salah dalam melabuhkan cintaku.. Dan bila aku menemui orang itu, tunjukkanlah aku jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan untukku...
Dan sentiasalah Engkau membimbingku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah berunsurkan nafsu semata dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang benar, mencintai untuk mendapatkan redhaMu Ya Allah... Ya Rabbal Alamin, jika cinta ini memang bukanlah dari-Mu, dan bukanlah yg telah Engkau pilihkan untukku, maka jagalah hatiku dari goda yg dibawahnya, agar sisi putihnya hati dapat melihat isyarat itu.
Dan terjaga diri ini dari sakit, kecewa, juga cinta yg berlebih, yg diakibatkan oleh hadirnya. Aku ingin hati ini hanya tertaut kpd cinta yg terpaut pd-Mu, aku berharap cinta ini tertawan, oleh yg hatinya telah Tertanam utk mencintai-Mu, kudambakan rindu yg hadir menyapa, hanya kepada insan yg merindukan sujud kpd-Mu.
Secuil fitrah cinta ini tak pernah mampu menerima cinta-Mu, meski sebesar zarrah. Maka biarkan cinta ini hanya berlabuh kepada cinta yang benar2 Engkau pilih dan halalkan utkku. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah..
Aamiin Ya Rabb'alamiin..

Tidak ada komentar:
Posting Komentar