Sabtu, 07 April 2012

CINTA atau NAFSU

Bismillah. . . .

Setiap lelaki inginkan kesempurnaan pada wanita.Mungkin peluang memilih, terbuka luas untuk lelaki.Tetapi apakah insan yang bernama lelaki berhak memiliki yang terbaik? hehe Itulah LELAKI...

Lelaki kebanyakannya ingin memiliki sesuatu yang sempurna pada wanita.Tidak akan menerima andaikata kekurangan ada pada pasangannya.Akan tetapi diri sendiri umpama bunga plastik...warnanya cantik tetapi harumnya tiada.

Kebiasaan LELAKI akan memilih wanita yang 'suci' untuk dijadikan teman hidup.Itulah naluri dan kehendak LELAKI yang paling utama.Tetapi diri sendiri sudah lama menjadi barang '2nd hand'.Mungkin agak sukar untuk mencari 'kesucian' LELAKI'...tidak seperti WANITA yang seperti buah durian,walaupun berduri tetapi tupai pandai menggodanya.

Bila pembuangan bayi berlaku,WANITA juga dipersalahkan.
Mengapa LELAKI seperti terkecuali?Sedangkan LELAKI yang membujuk rayu ingin meregut kehormatan WANITA. Bila madu lezat lalu ketika di rasa sepah akan dibuang.Yang menyedihkan bila WANITA telah mengandungkan zuriat kita,LELAKI akan cuba melarikan diri.Jadi kemana WANITA harus membawa diri?Dan yang menyedihkan lagi,bila dirujuk pada keluarga,mereka akan dicerca dan diusir kerana malu...Dan yang akan menjadi mangsa adalah bayi yang tidak berdosa.

Jadi sahabat saudariku ukhtifillah...WANITA harus bedakan CINTA dan NAFSU.Jangan mudah menjadi mangsa LELAKI yang pandai membujuk rayu.Percayalah jika diawal percintaan atau perhubungan telah ada permintaan yang diluar hukum agama,ketahuilah itu adalah nafsu semata-mata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar